suria

Peminat risau Han So Hee semakin liar, dituduh ‘lalok’ di Minggu Fesyen Paris 

So Hee didakwa berkhayal di sebuah parti sehingga merisaukan peminat.

PELAKON Han So Hee didakwa mempamerkan kelakuan aneh dan seperti sedang 'lalok' ketika menghadiri sebuah pesta di Minggu Fesyen Paris 2024.

So Hee, 30, dilaporkan menunjukkan sikap liar yang bukan dirinya yang biasa sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Pelakon itu yang berdiri berdekatan deejay kemudiannya dilihat tersentak dengan perubahan bunyi di dalam kelab tersebut selepas menanggalkan fon kepala.

size NP 1 (42)

So Hee dilihat seronok mendengar muzik menggunakan fon kepala DJ parti berkenaan.

So Hee dilihat hanya mampu ketawa selain tiba-tiba memandang ke arah siling seperti sedang khayal.

Bagaimanapun ada mendakwa So Hee bukan mengambil barang terlarang tetapi hanya cuma mabuk dan ia perkara biasa apabila pergi ke kelab malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee buat pembedahan hidung bukan sebab nak cantik tapi susah bernafas

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul ‘live’ dengan muka bertindik, Han So Hee jawab soalan pelik peminat mengenai imej baharu

Sebelum ini, So Hee turut menjadi perhatian apabila tiba-tiba menjerit meminta orang ramai supaya diam ketika berada di set sebuah penggambaran.

Ramai terkejut dengan sikap pelakon itu namun pihak pengurusannya mempertahankan tindakannya itu kerana bimbang keselamatan diri dan orang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain