suria

Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami 

Aerum dakwa suami lakukan perbuatan keji terhadap anak mereka.

PENYANYI Han Areum mendedahkan dua orang anak lelakinya menjadi mangsa dera ketika mereka berada di bawah jagaan suaminya.

Bukan hanya memukul, suami Areum iaitu Kim Young gul didakwa turut melakukan perbuatan keji termasuk meludah, kencing dan menyapu najis pada muka anaknya sendiri.

Perkara tersebut didedahkan Areum menerusi rakaman suara dihantar oleh anak sulungnya yang berusia 4 tahun yang menceritakan keganasan bapanya itu.

aerum 2

Lebam pada bahagian badan anak Aerum dipercayai kesan dera.

"Adakah ini perbuatan seorang yang digelar manusia?," tulis Aerum di Instagram berserta gambar kesan lebam pada badan anak-anaknya.

Aerum yang merupakan bekas anggota kumpulan T-ara berpisah Young Gul pada Disember tahun lalu namun dua anaknya tinggal bersama lelaki tersebut sebagai syarat proses penceraian mereka disegerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli kumpulan T-Ara, Areum, selamat lahir bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau Han So Hee semakin liar, dituduh ‘lalok’ di Minggu Fesyen Paris

Penyanyi itu mula sedar anak-anaknya menjadi mangsa dera suaminya sendiri ketika bertemu dalam satu sesi rundingan penceraian baru-baru ini.

Bagaimanapun kini dua kanak-kanak itu di bawah jagaannya dan sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan serta pembelaan atas perbutan kejam Young Gul.

Untuk rekod Aerum dan Young Gul berkahwin pada 2019 namun sepanjang bergelar isteri dia turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain