suria

Bintang Nickelodeon Drake Bell dedah jadi mangsa gangguan seksual jurulatih dialog

Drake Bell dedah kena gangguan seksual semasa kecil.

PELAKON Drake Bell mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh jurulatih dialog iaitu Brian Peck ketika bergelar bintang kanak-kanak siri terbitan Nickelodeon.

Drake mendakwa gangguan tersebut dilakukan Brian ketika dia membintangi dalam drama bersiri The Amanda Show.

Drake 1

Ketika itu Drake membintangi siri The Amanda Show.

Bagaimanapun Drake tidak memperincikan berhubung gangguan seksual dilakukan Brian terhadapnya.

Pelakon itu mendedahkan perkara tersebut menerusi dokumentari Quiet on Set: The Dark Side of Kids TV yang bakal ditayangkan pada 17 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami

Untuk rekod, Brian pernah ditahan pihak berkuasa pada 2003 selepas banyak laporan mengenai salah laku seksual terhadap seorang kanak-kanak dibuat terhadapnya.

Disebabkan itu juga, Brian dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan dan namanya didaftarkan sebagai pesalah seks pada 2004.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain