suria

Rampas kekasih anak sendiri, ibu Miley Cyrus upah pengawal bimbang majlis kahwin diceroboh 

Tish didakwa merampas teman lelaki anaknya sendiri iaitu Noah Cyrus.

MAJLIS perkahwinan ibu kepada penyanyi Miley Cyrus dilaporkan dijaga ketat oleh pengawal keselamatan bagi menyekat kehadiran anak bongsunya iaitu Noah Cyrus.

Tish, 54, bertindak demikian selepas dia berkahwin dengan bekas teman lelaki anaknya sendiri iaitu pelakon Dominic Pucell, 54, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Malibu, Amerika Syarikat tahun lepas.

Pasangan itu mengupah pengawal keselamatan kerana bimbang Noah akan melakukan kekecohan kerana berasa marah ibunya sendiri merampas teman lelakinya.

tish and dominic

Tish dan Dominic berkahwin pada tahun lepas.

Sebelum ini Tish dikhabarkan merampas Dominic yang sebelum itu masih teman lelaki kepada Noah, 24, sebelum mengikat tali pertunagan pada November 2022.

Sejak itu, Tish didakwa menyekat akaun Instagram Noah kerana tidak mahu anak perempuannya itu melihat kemesraannya dengan Dominic.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tumpang populariti kakak, Noah Cyrus cari jalan sendiri untuk jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus tak mengaku curang, masih sayangkan Liam Hemsworth

Menerusi sesi podcast, Tish memberitahu dia memulakan langkah mahu berkenalan dengan Dominic melalui mesej di Instagram selepas bercerai dengan suaminya, penyanyi Billy Ray Cyrus.

Tish dan Billy bercerai pada April 2022 selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain