suria

Selena Gomez tak pernah lupa jasa rakan baik derma buah pinggang

Selena kenang pengorbanan sahabat baik.

PENYANYI Selena Gomez tidak pernah melupakan jasa sahabat baiknya iaitu Francia Raisa yang mendermakan sebelah buah pinggangnya bagi merawat penyakit lupus yang dihidapinya enam tahun lalu.

Selena mengimbau kenangan saat Francia bersetuju untuk menjalani ujian bagi melihat sama ada buah pinggangnya sesuai untuk didermakan kepada penyanyi itu atau sebaliknya.

Dalam masa tiga hari Francia menerima berita gembira apabila buah pinggang mereka adalah serasi.

"Ia adalah satu detik yang tidak akan saya lupakan. Saya sangat bertuah kerana situasi ini mungkin tidak dialami oleh kebanyakan orang.

selena1 - 1

Selena menerima buah pinggang Francia kira-kira enam tahun lalu.

"Disebabkan itu, saya tidak mengambil mudah tentang perkara ini kerana ia memang sudah ditakdirkan untuk saya," katanya.

Menerusi temu bual dalam rancangan Dear... siaran Apple TV+, Selena turut memberitahu dia terhutang budi dengan sahabat baiknya itu.

"Saya tidak akan pernah dan lebih terhutang budi kepada seseorang, melainkan dengan Francia," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tamatkan persengketaan di media sosial, Selena Gomez minta peminat henti sindir Hailey Bieber

ARTIKEL BERKAITAN: Hati sedang berbunga... Selena Gomez tayang kemesraan dengan anggota The Chainsmokers

Sejak proses pemindahan buah pinggang yang dilakukan pada Jun 2017, dua sahabat baik ini mempunyai tatu yang sama iaitu tarikh pemindahan dibuat.

Malah, sebelum ini Selena juga secara terbuka turut mengucapkan terima kasih kepada Francia semasa menerima anugerah Woman of The Year di Billboards 2017.

selena2 - 1

Selena bersyukur diberi peluang kedua untuk hidup.

"Sejujurnya, saya rasa Francia yang sepatutnya mendapat anugerah ini kerana dia telah menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Pada 2015, Selena membuat pengakuan menerusi majalah Billboard bahawa telah disahkan menghidap penyakit lupus, iaitu sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia.

Sekitar September 2017, penyanyi Love You Like a Love Song itu mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabat baiknya, Francia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain