suria

Nama keluarga Kardashian tiada dalam senarai jemputan Met Gala 2023

Keluarga Kardashian dikhabarkan mungkin tidak diundang di Met Gala 2023.

NAMA keluarga Kardashian dilaporkan dikeluarkan daripada senarai tetamu jemputan bagi acara Met Gala tahun ini.

Memetik laporan Page Six, sumber memberitahu editor majalah Vogue iaitu Anna Wintour sedang mengemas kini senarai nama tetamu jemputan bagi menentukan selebriti mana boleh menghadiri acara gilang gemilang itu.

Difahamkan, Kim dan adik-adik perempuannya termasuk Khloe, Kourtney, Kendall dan Kylie yang kesemuanya hadir tahun lalu akan menjadi antara individu terlepas untuk menyertai acara yang akan diadakan pada Mei depan.

kim1 - 1

Keluarga Kardashian sering mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, wakil Vogue tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara itu dan sumber terdekat keluarga Kardashian menafikan mereka tidak diundang ke acara tahunan tersebut.

Sebelum ini, Kim mencuri perhatian ramai apabila menggayakan gaun milik Marilyn Monroe yang berharga RM18.2 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian pula disiasat FBI berhubung skandal 1MDB

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat

Gaun itu direka khas untuk Marilyn sewaktu majlis ulang tahun kelahiran bekas presiden Amerika, John F. Kennedy pada 19 Mei 1962.

Namun, gaun ikonik itu dikatakan telah rosak kerana terdapat beberapa carikan di bahagian belakang dan dikatakan beberapa kristal pada gaun sekuin itu juga hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain