suria

Selepas Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian pula disiasat FBI berhubung skandal 1MDB

Kim dan Leonardo telah melalui proses soal siasatan berhubung penyelewengan 1MDB.

SELEPAS nama Leonardo DiCaprio disebut-sebut mempunyai kaitan dengan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seorang lagi selebriti terkenal iaitu Kim Kardashian pula menjadi sebutan dalam kes tersebut.

Bloomberg Businessweek melaporkan kedua-dua selebriti itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan usahawan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menjadi dalang dalam kekecohan 1MDB.

Kim dan Leonardo juga telah disoal siasat oleh bahagian Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat serta Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinda laporan audit 1MDB... Najib, Arul Kanda dibebaskan

Sementara itu dalam satu dokumen Federal Bureau of Investigation (FBI) yang tidak didedahkan terdapat maklumat lebih terperinci tentang bagaimana siasatan dijalankan terhadap beberapa orang selebriti terkenal bagi siasatan terhadap Jho Low.

Kardashian pada Februari 2019 memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.

kim k 1

Kim pernah bertemu Jho Low sekitar 2019.

Laporan tersebut juga menyebut Kim turut menerima transaksi sejumlah wang dengan nilai yang besar.

Wakil kepada Kim dan Leonardo bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas berkaitan isu terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain