suria

Pinda laporan audit 1MDB... Najib, Arul Kanda dibebaskan

Najib dan Arul Kanda dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menunda laporan audit 1MDB.

MAHKAMAH Tinggi telah melepas dan membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dalam perbicaraan menunda laporan audit 1MDB pada Jumaat.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Ini adalah kes jenayah ketiga Najib yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Najib, 70, didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan laporan akhir audit 1MDB bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya manakala Arul Kanda, 46, dituduh bersubahat dengannya dalam membuat pindaan laporan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain