suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa cedera cuba tahan pintu, 4 penyamun berparang lesap rompak barang kemas lebih RM24,000

Empat penyamun berparang diburu polis setelah merompak rumah sebuah keluarga di Klang, Selangor.

EMPAT suspek diburu polis dipercayai melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang muncul di muka pintu rumah mangsa.

Pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian samun itu, pada 8.45 pagi Jumaat.

"Empat lelaki tiba menaiki sebuah kereta dipercayai memiliki plat palsu dan memasuki banglo itu melalui pintu hadapan,” katanya.

Pada masa kejadian, tiga ahli keluarga, seorang lelaki dan dua wanita, berusia 44 hingga 88 tahun, berada di rumah.

Tambahnya, suspek mengarahkan kesemua mangsa duduk di dalam bilik utama sambil diawasi dua suspek.

"Seterusnya seorang suspek mengambil rantai leher dipakai oleh dua mangsa manakala suspek lain menyelongkar bilik dan beg tangan mangsa

"Salah seorang daripada mereka cedera di tangan kiri cuba menahan pintu dalam usaha untuk menghalang suspek keluar.

"Suspek kemudiannya melarikan diri melalui pintu hadapan menggunakan kenderaan sama," katanya.

Hasil semakan mendapati beberapa jenis barang kemas anggaran kira-kira RM24,000, wang tunai anggaran RM800 dan sebuah telefon bimbit jenis iPhone hilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan yang boleh membawa hukuman penjara selama 20 tahun, denda atau sebat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek diminta tampil terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia