suria

Dua peminat ditahan polis, cubaan ceroboh banglo mewah Shah Rukh Khan gagal

Dua peminat berjaya ceroboh masuh banglo Shah Rukh Khan.

DUA orang lelaki usia awal 20-an ditahan pihak polis Mumbai atas kesalahan menceroboh masuk ke banglo mewah milik pelakon Shah Rukh Khan pada Khamis.

Memetik laporan Hindustan Times, kejadian berlaku sekitar pukul 4 pagi dan penceroboh berkenaan melakuan tindakan tersebut dengan cara mengorek dinding pagar premis berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudian ditemui oleh pengawal keselamatan Shah Rukh Khan yang mendapati terdapat kesan pada dinding luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup, filem terbaharu cetus kemarahan penonton

Menerusi soal siasat, mereka berdua berasal dari daerah Gujarat dan merupakan peminat tegar pelakon filem Pathan itu.

Mereka juga mengakui perbuatan tersebut kerana mahu melihat secara dekat Shah Rukh Khan dan mengetahui lebih lanjut kehidupan aktor itu ketika berada di rumah.

Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai jenayah dan turut membuat siasatan lanjut sekiranya kedua-dua individu itu mempunyai rekod lampau.

Ketika dua lelaki itu bersembunyi, Shah Rukh Khan dikatakan sedang tidur selepas pulang dari menjalani sebuah penggambaran filem.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain