suria

Bergaduh di kelab malam, Travis Scott diburu polis

Wakil peguam yakin Scott tidak bersalah.

PENYANYI rap Travis Scott menjadi buruan pihak polis selepas didakwa terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam di bandar New York.

Menerusi laporan yang dibuat mangsa kejadian memaklumkan Scott menumbuknya di bahagian kiri muka selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Bagaimanapun tiada kecederaan serius dialami mangsa dan dia tidak memerlukan rawatan hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah bekas kekasih, nama Youngbin digugurkan dari Blank2Y

"Dia juga terlibat dalam pertengkaran dan kemudian menjadi pergaduah secara fizikal," jelas mangsa kepada pihak berkuasa.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan kerosakan sebuah skrin dan alat pembesar suara yang dimana kerugian dianggarkan bernilai USD 12,000 (kira-kira RM54,000).

Penyanyi itu dikatakan melarikan diri selepas kejadian dan polis turut menjalankan siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguam Scott, pihaknya tetap dengan pendirian bahawa kejadian tersebut merupakan salah faham dan mereka akan memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

"Jelas sekali ini merupakan salah faham. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat yang betul. Kami sangat yakin Scott akan dibebaskan dari sebarang tuduh berkenaan," ujar wakil berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain