suria

Shahid Kapoor tak suka orang puji ‘cute’… “Saya benci perkataan itu”

Shahid pernah membenci jika dirinya dilabel sebagai 'cute'.

PELAKON Bollywood, Shahid Kapoor mengakui tidak selesa dengan panggilan yang sering diberi oleh peminatnya sebagai lelaki comel.

Menerusi temu bual bersama Pinkvilla, Shahid mendedahkan dia pernah berasa benci apabila mendengar pujian daripada peminat yang berkata 'Oh, awak comel'.

Tambahnya lagi, dia tidak suka dengan watak 'Vanilla' yang memerlukan dia menjadi lelaki baik dan romantik.

shahid1 - 1

Shahid tidak selesa dengan gelaran 'cute'.

"Saya benci dengan perkataan vanilla itu. Saya pernah membenci apabila ada yang memuji mengatakan saya seorang yang comel.

"Kenapa mereka perlu berkata demikian?," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahid Kapoor minta izin isteri untuk 'shopping', akui perlu masa bercuti dengan kawan-kawan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan ajak peminat masuk bilik hotel, untung siap dapat cium lagi!

Bagaimanapun, pelakon filem Jab We Met ini sudah belajar untuk menerima pujian-pujian seperti itu, namun memohon agar tidak diberikan gelaran yang keterlaluan.

"Saya tidak pernah suka perkataan itu. Bagaimanapun, saya belajar untuk menerima pujian tetapi janganlah terlalu keterlaluan," ujarnya.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang lakonan, Shahid terkenal dengan watak-watak lelaki romantik.

Aktor ini kemudiannya membuat kemunculan dengan perubahan besar menerusi filem Kaminey.

shahid2 - 1

Penampilan Shahid tidak lagi seperti dulu.

Untuk rekod, Shahid membuat debut filemnya dengan menjadi watak utama menerusi filem komedi percintaan, Ishq Vishk (2003) yang berjaya menerima penghargaan Filfare untuk Debut Lelaki Terbaik.

Shahid juga turut membintangi filem-filem popular termasuk Fida, Kabir Singh, Padmaavat, Chup Chup Ke dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain