suria

Jungkook BTS padam akaun IG, dedah sebab tak mahu guna media sosial itu lagi

Jungkook mengambil keputusan untuk memadam IG.

PEMINAT ahli kumpulan BTS, Jungkook terkejut apabila mendapati akaun Instagram milik penyanyi Korea yang mempunyai lebih 50 juta pengikut itu hilang secara tiba-tiba.

Memetik laporan Soompi, Jungkook mengakui dia memadam akaun tersebut dan memberitahu sebab bertindak sedemikian.

Kata Jungkook, dia memadam akaun Instagram itu sendiri dan bukanlah digodam.

jk1 - 1

Jungkook mendedahkan jarang menggunakan Instagram.

"Saya telah memadam akaun Instagram saya. Ia tidak digodam. Saya baharu sahaja memadamkan kerana tidak banyak menggunakan platfom media sosial itu. Jadi, jangan risau," katanya.

Dalam tulisannya yang lain, penyanyi itu juga menyebut bahawa dia akan terus berkomunikasi bersama peminat menggunakan komuniti Weverse Live.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut sakit, Jungkook tolak permintaan peminat suruh buang tatu

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dedah foto Jungkook bercuti dengan teman wanita di Jeju, pemilik restoran kata itu pekerja restorannya

Tambahnya lagi, dia tidak terfikir untuk mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya dan ingin menjelaskan perkara ini terlebih dahulu kepada para peminat.

"Saya segera memadamkan aplikasi Instagram dan tidak terfikir untuk menggunakannya mulai sekarang.

"Saya hanya ingin memberitahu kepada semua peminat dengan lebih awal tentang hal ini," ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh penyanyi kpop itu dan tetap akan sentiasa memberikan sokongan.

jk2 - 1

Jungkook masih boleh berkomunikasi dengan peminat di Weverse.

"Keputusan untuk memadam akaun Instagram adalah hak dia dan kami menghormatinya.

"Saya rasa dia lebih selesa menggunakan Weverse berbanding Instagram. Apa-apa pun kami tetap menyokong keputusannya," tulis netizen.

Untuk rekod, Jungkook pertama kali mengaktifkan akaun Instagram peribadi miliknya pada 6 Disember 2021 bersama enam ahli BTS yang lain iaitu J Hope, V, RM, Jimin, Jin dan Suga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain