suria

Lama menyepi akhirnya Rizky Billar kembali ‘trending’ di YouTube, kemunculan semula selepas isu rumah tangga

Rizky bersyukur kembali diterima peminat.

SUAMI kepada Lesti Kejora iaitu Rizky Billar dilihat kembali menghasilkan video YouTube setelah lama menyepikan diri.

Rizky berkongsi video berdurasi 10 minit di saluran YouTube yang bertajuk Untuk Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Insertlive melaporkan, ini merupakan kemunculan kali pertama Rizky selepas terlibat dalam kes keganasan rumah tangga terhadap isterinya.

329566545_750668713295638_2301937694935130513_n

Rizky kembali ke dunia YouTube selepas lima bulan.

Malah pasangan itu memutuskan untuk kembali ke saluran berkenaan setelah lima bulan mendiamkan diri.

"Alhamdulillah, konten kemunculan kami semula telah trending 1 di YouTube.

"Setelah lima bulan menyepi, akhirnya saya dan isteri mengambil keputusan untuk aktif semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Lembutnya hati Rizky Billar... sanggup maafkan lelaki ancam nyawanya

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh seorang ‘bencong’, Rizky Billar cabar bersemuka bukti kejantanan

"Memang saya sengaja memilih hari Jumaat dan 24 hari bulan merupakan hari dan tarikh bermakna buat kami," kata Rizky menerusi akaun Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, Rizky juga berterima kasih kepada peminatnya kerana sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekeluarga walaupun pelbagai kejadian telah berlaku.

"Tanpa sokongan anda kami tidak akan berada pada tahap ini, justeru terima kasih kepada Leslar Lovers yang sentiasa bersama kami. Di mana sokongan dan doa anda amat bermakna buat kami," ujarnya.

331325471_510513767832076_1578665956742948920_n

Rizky dan Lesti kembali bahagia.

Sebelum ini, nama Lesti dan juga suaminya Rizky Billar mencetuskan kekecohan ramai apabila dikatakan terlibat dalam keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, pasangan ini kembali berdamai selepas beberapa minggu berpisah selepas Lesti membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi