suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahid Kapoor minta izin isteri untuk 'shopping', akui perlu masa bercuti dengan kawan-kawan lelaki

Shahid bersama isteri dan anak-anak mereka.

KEHIDUPAN selepas berkahwin telah mengubah tabiat berbelanja pelakon Shahid Kapoor menjadi seorang yang lebih berhemah dan mementingkan keluarga.

Kata Shahid, dia akan meminta kebenaran isterinya iaitu Mira Rajput jika mahu membeli barang keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahid Kapoor tampil dengan wajah baru dalam 'Kaminey'

“Sebelum ini saya menggunakan duit untuk berbelanja sendiri, tetapi sekarang saya sudah mempunyai keluarga.

“Saya harus meminta kebenaran isteri sebelum berbelanja,” katanya seperti yang dipetik dari Hindustan Times.

Bagaimanapun pelakon filem Jab We Met ini tidak akan berbuat demikian jika mahu bercuti bersama rakan-rakannya.

“Saya tidak akan meminta izin dia (isteri) jika mahu bercuti dengan rakan-rakan lelaki.

“Ada masanya lelaki juga perlukan masa untuk bersama rakan-rakan,” ujarnya.

Dalam temu bual tersebut juga, Shahid memuji air tangan isterinya terutama dalam menyediakan masakan Thailand.

“Isteri saya pandai masak makanan Thailand serta menu Asia yang lain,” ujarnya.

Shahid dan Mira berkahwin pada Julai 2015 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Zain Kapoor dan Misha Kapoor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain