suria

Shahid Kapoor tampil dengan wajah baru dalam 'Kaminey'

PASANGAN SEJOLI: Amrita Rao (kiri) dan Shahid Kapoor dalam filem 'Vivah'.
PASANGAN SEJOLI: Amrita Rao (kiri) dan Shahid Kapoor dalam filem 'Vivah'.
PASANGAN SEJOLI: Amrita Rao (kiri) dan Shahid Kapoor dalam filem 'Vivah'.

AKTOR Bollywood, Shahid Kapoor berkata ia adalah satu cabaran baginya untuk tampil berlainan dalam filem 'Kaminey'.

"Cabaran itu hadir dalam bentuk wajah baru yang dapat 'mengejutkan' para penonton. Ia memerlukan banyak usaha.

"Selain itu, terdapat banyak kajian latar belakang dan kami terpaksa cuba menjadikannya seasli yang mungkin," kata Shahid Kapoor di Mumbai.

Shahid berkata, dia menerokai genre baru filem 'Kaminey' arahan Vishal Bhardwaj dan yakin para penonton dapat menerima lakonannya dalam filem tersebut.

"Para penonton pernah melihat saya berlakon dalam filem romantik dan percintaan.

"Saya berharap mereka akan berasa gembira dengan perubahan yang cuba saya cuba bawakan.

"Mereka harus memberi peluang kepada saya. Saya berharap mereka tidak akan kecewa. Saya berbangga dengan filem ini," tambah Shahid.

Filem tersebut yang turut dibintangi Priyanka Choprabakal, akan ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain