suria

Brooke Hogen belum terfikir sertai WWE

Hulk Hogen dan isterinya Linda tiba di anugerah Grammy yang ke-48 di Los Angeles. foto-REUTERS
Hulk Hogen dan isterinya Linda tiba di anugerah Grammy yang ke-48 di Los Angeles. foto-REUTERS
Hulk Hogen dan isterinya Linda tiba di anugerah Grammy yang ke-48 di Los Angeles. foto-REUTERS

PENYANYI R'n'B dan Pop, Brooke Ellen Bollea atau lebih dikenali sebagai Brooke Hogan mengatakan dia akan beraksi dengan hebat sekiranya menyertai perlawanan gusti 'World Wrestling Entertainment' (WWE).

Brooke Hogan, 21, merupakan anak kepada pengusti lagenda WWE, Hulk Hogan.

Pengerusi WWE, Vince McMahon dikatakan sudah beberapa kali bertanya adakah beliau berminat mengikuti jejak langkah ayahnya.

"Pihak WWE memberitahu sekiranya terdetik dihati saya untuk menjadi seorang pengusti apa yang saya hanya perlu buat ialah beritahu mereka dan serta merta saya akan diberikan 'kerja' itu," kata Brooke yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar.

"Ia bukan minat saya... tapi kalau saya menjadi pengusti, saya akan menjadi seorang yang hebat ketika beraksi kerana ayah melatih saya sejak berumur 12 tahun lagi," katanya.

Artikel Lain