suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu kurus macam tengkorak menari, Yuna (ITZY) minta peminat tak risau

Fizikal Yuna yang terlalu kurus menimbulkan tanda tanya ramai.

GARA-GARA dilihat terlalu kurus, ramai yang mempersoalkan tahap kesihatan penyanyi Yuna dari kumpulan ITZY.

Ketika membuat persembahan dalam satu sesi bertemu peminat sebelum ini, Yuna tampil memakai baju yang menampakkan sedikit bahagian badannya dan ketika itu peminat mula perasan akan tubuhnya yang terlalu kurus sehingga nampak tulang rangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kejayaan Blackpink, kumpulan Kpop wanita baharu iaitu TRI.BE pula mahu gegar dunia

“Takutnya lihat badan Yuna.

“Saya rasa seperti menonton tengkorak menari,” ujar netizen.

Selepas gambar dari persembahan tersebut heboh diperkatakan, Yuna sendiri memberitahu dirinya dalam keadaan baik dan meminta supaya peminat tidak risau akan keadaannya.

“Saya makan seperti biasa. Jangan risau,” jelasnya dalam satu aplikasi perbualan bersama peminat.

Selain itu, komen-komen netizen yang merupakan peminat tegar Yuna menganggap ada pihak yang sengaja membuat cerita tentang penyanyi itu.

“Kami tahu dia makan makanan sihat, jadi tak sangka dia terlibat dengan kontroversi berat barat begini.Kami peminat tak risau tentang berat badannya.

“Hanya orang yang tidak kenal Yuna sahaja akan katakan dia kurus sebab berlapar,” ujar peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Yuna ITZY, Kumpulan ITZY, Kpop

Artikel Lain