suria

Park Min Young dapatkan rawatan psikiatri, tertekan dituduh terlibat penggubahan wang haram

Min Young akui berlakon mampu membuatnya kembali pulih.

PELAKON Park Min Young mendedahkan dirinya terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikiatri selepas dituduh terlibat dalam penggubalan wang haram bersama bekas teman lelakinya iaitu Kang Jong Hyun.

Min Young, 37, berkata dia menerima layanan kasar daripada segelintir pihak sehingga emosi dan mentalnya terganggu.

"Ramai yang kata saya berjiwa kental, tapi saya sebenarnya tidak. Saya juga manusia, pernah buat silap.

min

Min Young kecewa dengan sikap kasar diterimanya.

"Ada yang sangat kasar sehingga ianya buatkan hati serta mental saya terluka. Saya juga terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri," katanya.

Min Young berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual berkaitan drama Marry My Husband baru-baru ini.

Kata Min Young, kerjayanya yang membuatnya dirinya terus bertahan sehingga kini.

Menyesal dengan apa yang berlaku, Min Young berjanji tidak akan terjerumus dalam kesilapan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young selesai jalani siasatan skandal penggubahan wang haram, nafi terima RM800,000 daripada bekas kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young dituduh menipu skandal penggubahan wang haram, peminat boikot drama ‘Marry My Husband’

"Saya rasa saya paling gembira apabila saya berlakon dan satu-satunya perkara yang masih buat saya kuat ialah kerjaya saya.

"Saya tak anggap kontroversi itu terjadi dan saya tak akan melakukan kesilapan yang sama," luahnya.

Pada Januari lalu, nama aktres itu menjadi perhatian selepas dia didakwa menerima wang berjumlah RM885,000 daripada Jong Hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, Min Young sebelum ini menafikan menerima wang tersebut malah hubungan mereka sudah putus sebelum isu berkenaan terbongkar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain