suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Tom Cruise dan model Rusia berakhir dengan perpisahan

Cruise masih berkawan dengan bekas kekasihnya.

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan sudah berakhir dengan perpisahan.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan hubungan mereka namun masih mengekalkan hubungan baik dengan Elsina.

"Boleh dikatakan kalau berjumpa mereka akan rasa janggal dan tidak lagi mesra seperti dulu.

Tom 2

Cruise dan Khayrova mula bercinta pada Disember lalu.

"Tapi Tom dan Elsina masih mengekalkan hubungan sebagai kawan dan perpisahan mereka pun berakhir dengan baik," kata sumber.

Berita percintaan di antara Tom dan Elsina, 36, mula tersebar pada Disember tahun lalu.

Mereka mula dikaitkan mempunyai hubungan cinta selepas dilaporkan berbual dan bermesra di sebuah parti di kawasan kejiranan Mayfair, London.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim minta Kanye West nasihat isteri pakai baju, tak selesa anak-anak tengok Bianca separuh bogel

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi intai pembantu rumah, pengacara basah kena siram air

Untuk rekod, Cruise sebelum ini telah berkahwin sebanyak tiga kali.

Dia berkahwin dengan Mimi Rogers dari 1987 hingga 1990, pelakon Australia Nicole Kidman dari 1990 hingga 2001 dan Katie Holmes dari 2006 hingga 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain