suria

Kim minta Kanye West nasihat isteri pakai baju, tak selesa anak-anak tengok Bianca separuh bogel

Kim mohon Kanye menasihatkan Bianca untuk berpakaian sopan.

BINTANG realiti Kim Kardashian meminta penyanyi rap Kanye West menasihatkan isterinya agar memakai baju ketika anak-anak berada di rumah mereka.

Daily Mail melaporkan Kim berasa tidak selesa isteri Kanye iaitu Bianca Censori berpakaian tidak sopan apabila melihat fesyen digayakan ketika muncul dikhalayak ramai.

"Kim tak selesa anak-anak mereka melihat Bianca tidak berpakaian.

Kim tidak mahu anak-anaknya melihat contoh yang tidak baik.

Kim tidak mahu anak-anaknya melihat contoh yang tidak baik.

"Malah dia terkejut melihat fesyen Bianca yang dianggap tidak sesuai dilihat oleh kanak-kanak," kata sumber terdekat bintang realiti tersebut.

Kim bagaimanapun memahami situasi dihadapi Bianca kerana sudah faham sikap bekas suaminya itu.

"Kanye juga pernah menghadapi apa Bianca lalui sekarang tetapi merasakan wanita itu sepatutnya lebih bertegas dan tahu apa terbaik untuk dirinya," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Kanye West semakin pelik! Larang isteri pakai seluar ketika keluar bersama

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa simpati terhadap Bianca kerana menganggap wanita berkenaan menjadi mangsa penderaan psikologi Kanye.

Kanye meminta supanya Bianca mengubah penampilannya dengan tidak memakai seluar jika keluar bersamanya.

Malah Bianca juga pernah dilihat hanya memakai ponco lutsinar tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Untuk rekod, Kim mendirikan rumah tangga dengan Kanye pada Mei 2014 namun berpisah selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm West.

Kanye kemudiannya berkahwin dengan Bianca pada awal 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain