suria

Pura-pura romantis depan kamera, netizen dakwa hubungan cinta Taylor Swift dan Travis Kelce hanya lakonan

Taylor dan Travis hanya pura-pura.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul spekulasi mengatakan hubungan penyanyi Taylor Swift dan kekasih iaitu Travis Kelce hanyalah lakonan semata-mata.

Spekulasi ini timbul selepas tular satu video memperlihatkan pasangan itu dilihat seperti berpura-pura mesra ketika berada di hadapan umum.

Dalam video berkenaan, Travis dilihat berubah menjadi romantis terhadap Taylor selepas melihat kamera merakam ke arah mereka.

taylor

Netizen dakwa hubungan Taylor dan Travis hanya drama.

Menyedari mereka dirakam, Travis kemudian berpaling ke Taylor dan berbisik sesuatu di telinga penyanyi itu.

Video berkenaan kemudiannya tersebar di media sosial sehingga menjadi bualan orang ramai sebelum ia dipadam di platform berkenaan.

Ekoran itu pelbagai spekulasi timbul mengenai status hubungan percintaan mereka malah ada beranggapan hubungan ini sekadar gimik untuk meraih publisiti murahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik tayang bahagia, netizen dah mula bosan hadap kisah cinta Taylor Swift dan Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing milik Taylor Swift bernilai RM457 juta, lebih berharga berbanding Travis Kelce

"Seratus peratus hubungan ini adalah gimik marketing, bukannya benar.

"Lain macam ya kenapa nampak macam berlakon, adakah hubungan ini palsu?" tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain