suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al Ghazali didakwa dah kahwin senyap-senyap… Ini komen Ahmad Dhani

Ahmad Dhani jawab kontroversi anaknya sudah berkahwin secara diam-diam.

DUNIA hiburan Indonesia kecoh apabila tular berita dan foto anak kepada penyanyi dan komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya, Alyssa Daguise.

Memetik laporan CNN, Ahmad Dhani enggan mengulas mengenai perkahwinan anaknya itu dan meminta media bertanya sendiri kepada penyanyi berusia 25 tahun.

"Tanya sama orangnya, mungkin nikah siri (perkahwinan secara rahsia). Ya, tak tahu," katanya semasa temubual bersama Insert Live pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, pendakwah bebas Ustaz Derry Sulaiman turut mengulas mengenai perkahwinan pasangan muda ini.

ghazali 2

Al Ghazali dan kekasihnya, Alyssa.

Dedahnya, Ahmad Dhani pernah memintanya untuk menguruskan perkahwinan Al Ghazali dan kekasihnya itu.

"Sejak mereka bercinta, Abang Dhani sudah minta saya nikahkan mereka.

"Sudah berkali-kali saya beritahu Al Ghazali... minta dia bernikah dengan Alyssa segera.

"Pernikahan itu lebih mudah daripada zina. Orang yang mempersulitkan pernikahan bererti mereka mempermudahkan zina," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain