suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin umum kahwin!

Hyun Bin dan Son Ye Jin umum kahwin.

KHABAR bahagia daripada pasangan selebriti Korea Selatan Hyun Bin dan Son Ye Jin, 40, yang akhirnya membuat pengumuman bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Pasangan drama popular Crash Landing On You ini menerusi Instagram memberi mesej secara terbuka bahawa dia bakal memiliki pasangan hidup.

“Saya sudah memiliki seseorang yang akan mendampingi saya seumur hidup, Ya... itu dia” tulis Son Ye Jin pada salah satu foto yang memberi petanda dia bakal bernikah.

Selain itu, kekasihnya Hyun Bin, 40, juga menyampaikan pengumuman yang sama.

“Hallo in Hyun Bin, saya ingin menulis posting ini kerana saya ingin peminat yang selalu memberi sokongan dan perhatian tahu tentang keputusan terpenting dalam hidup saya terlebih dahulu.

“Mungkin ada yang sudah mengharapkan perkara ini. Ya, saya sudah membuat keputusan tentang perkahwinan dan secara berhati-hati mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya.

“Saya sudah berjanji dengan gadis yang selalu membuat saya tersenyum dan berjalan bersama saya di masa hada pan,” ujarnya seperti dipetik Allkpop.

Pasangan ini dikesan bercinta pada 1 Januari 2021 yang dipercayai bermula selepas penggambaran drama Crash Landing On You.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain