suria

Sedih terkenang rumah tangga 9 tahun musnah, Will Arnett menangis sejam tepi jalan

Will dan Amy bercerai selepas sembilan tahun berkahwin.

PERPISAHAN dengan aktres Amy Poehler selepas sembilan tahun berkahwin bukan sesuatu yang mudah buat aktor Will Arnett.

Memetik laporan Hollywoodlife, Will mengakui dia pernah menangis di tepi jalan selama satu jam disebabkan terkenangkan perpisahan mereka.

"Saya pernah memandu kereta dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dan berhenti di tepi jalan untuk menangis selama satu jam," katanya.

Pelakon BoJack Horseman itu akhirnya bercerai dengan Amy Poehler baru-baru ini selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Will turut mengakui dia melalui fasa yang sukar selepas perpisahan tersebut disebabkan anak-anak.

"Ia sangat sukar dan kami mempunyai anak," ujarnya lagi.

Pasangan itu mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Archie Arnett, 13 dan Abel Arnett yang kini berusia 11 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea