suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Running Man, Kim Jong Kook positif Covid-19

Kim Jong Kook disahkan positif Covid-19.

BINTANG Running Man, Kim Jong Kook disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Turbo JK Entertainment yang memberitahu pada awalnya dia hanya mengalami gejala ringan.

“Dia buat pemeriksaan sendiri dan hasilnya positif. Dia kemudian menjalani ujian PCR dan rasmi positif hari Khamis,” ujar wakilnya.

Bagaimanapun, menurut agensi, selebriti itu sudah mengambil dua suntikan vaksin dan kini dalam proses kuarantin di rumah.

“Dia tiada masalah kesihatan yang teruk dan menghentikan semua jadual penggambaran,” ujar agensi lagi.

Tambahnya, kondisi kesihatan Kim tidak akan menganggu penggambaran dua program variety popular iaitu Running Man dan My Little Old Boy.

“Bagi penggambaran dua program itu masih belum bermula. Diharap tidak ada gangguan pada masa hadapan.

“Masa kuarantin juga kini sudah disingkatkan hanya tujuh hari dan tiada rakaman dijadualkan pada waktu dia kuarantin,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain