suria

Jung Ho Yeon kini aktres wanita paling ramai pengikut IG tewaskan Lee Sung Kyung dan Song Hye Kyo

Jung Ho Yeon kalahkan Lee Sung Kyung di IG.

NAMA pelakon Jung Ho Yeon mula melonjak naik selepas membintangi drama siri popular iaitu Squid Game.

Popularitinya naik mendadak biarpun kali pertama berlakon dan pengikutnya di Instagram turut meningkat hari demi hari.

Malah, akaun Instagram Jung Ho Yeon kini memiliki lebih 13.2 juta pengikut mengalahkan aktres terkenal Lee Sung Kyung (12.9 juta) dan Song Hye Kyo yang mempunyai 12 juta.

Ia sekaligus menjadikan Jung Ho Yeon aktres wanita Korea yang mempunyai jumlah pengikut di tertinggi di Instagram.

Jung Ho Yeon yang juga seorang model terkenal memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi drama Squid Game dengan memegang watak sebagai Kang Sae Byeok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain