suria

Park Hae Soo pula buka akaun IG, sekelip mata pelakon ‘Squid Game’ raih hampir 700,000 pengikut

Park Hae Soo teruja dapat berinteraksi dengan peminat.

NAMPAKNYA kejayaan Squid Game membuka ruang kepada lebih ramai pelakon senior siri popular itu membuka akaun Instagram untuk berinteraksi dengan peminat.

Terbaharu Park Hae Soo yang juga merupakan pemain bernombor 218 dalam Squid Game mengikut jejak langkah rakannya Lee Jung Jae (456) apabila mula berjinak-jinak di laman berkenaan.

"Saya juga turut serta! Ini adalah Park Hae Soo," tulisnya pada ruangan kapsyen di posting pertamanya.

Akaun yang baru sehari dibuka itu sehingga kini sudah mempunyai lebih 600,000 pengikut.

Malah menerusi perkongsian terbaharunya, dia turut berkongsi akaun Instagram HoYeon Jung.

Sebelum ini Park Hae Soo terkenal dengan penampilannya dalam drama Prison Playbook.

Kini dia meraih populariti di seluruh dunia setelah memegang watak sebagai Cho Sang Woo dalam siri asal Netflix Squid Game itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain