suria

Isyana Sarasvati tampil dengan imej rambut pendek, netizen kata serupa macam Kang Sae Byeok dalam ‘Squid Game’

Isyana dikatakan seiras watak Kang Sae Byeok dalam drama Squid Game.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Isyana Sarasvati berambut pendek menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di laman sosial.

Menerusi muat naik terkini di Instagram, Isyana berkongsi video terbaharu memperlihatkan dia dengan imej yang berbeza iaitu tidak lagi berambut panjang.

"Pagi," tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, rata-rata peminat turut teruja dan menyukai potongan terkini rambutnya itu.

Isyana Sarasvati

Isyana sebelum ini anggun berambut panjang.

Malah ada yang berkata fesyen rambut berkenaan membuatkan Isyana kelihatan serupa seperti watak Kang Sae Byeok yang dilakonkan oleh Jung Ho Yeon dalam siri Squid Game.

"Cantik sangat fesyen rambut begini... memang sesuai dengan bentuk muka Isyana.

"Wow imej yang cukup berbeza... macam Kang Sae Byeok dalam Squid Game la," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain