suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apa yang tak kena? Miguel dan Nazanin Mandi berpisah selepas 17 tahun hidup bersama

Miguel dan Nazanin sendiri mengesahkan mereka sudah berpisah.

SETELAH 17 tahun hidup bersama akhirnya pasangan selebriti Nazanin Mandi dan Miguel Jontel Pimentel mengambil keputusan untuk berpisah.

Memetik laporan Hollywoodlife, Nazanin dan Miguel membuat pengumuman mengenai perpisahan mereka pada Isnin.

Menurut wakil pasangan itu kepada portal People, Miguel dan Nazanin membuat keputusan secara bersama untuk berpisah dengan cara baik.

"Selepas 17 tahun bersama, Miguel dan Nazanin Mandi ambil keputusan untuk berpisah dan pasangan itu tetap mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain," kata wakil.

Miguel mendirikan rumah tangga dengan Nazanin Mandi pada 2018 selepas 10 tahun mengikat tali pertunangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain