suria

Cinta Laura lebih popular di AS berbanding Agnes Monica? - “Tapi tidak bermaksud saya adalah artis Hollywood”

Cinta Laura enggan dirinya dibandingkan dengan artis yang lain.

NAMA Agnes Monica dan Cinta Laura bukan lagi asing dalam dunia hiburan di Indonesia bahkan kedua-dua artis ini kini giat menempah nama di peringkat antarabangsa menerusi karier masing-masing.

Namun baru-baru ini timbul satu cerita yang mengatakan karier Cinta Laura lebih menyerlah berbanding Agnes Monica.

Menerusi sebuah program bual bicara Hotman Paris Show, Cinta Laura enggan dibandingkan dengan mana-mana nama lain dan mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dalam bidang itu.

"Saya tidak rasa lebih popular daripada sesiapa pun.

106577817_112962116992918_8452392808323833081_n

Selain lakonan Cinta Laura turut aktif dalam karier nyanyian.

"Bagi saya, sebagai seorang penghibur, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Masih banyak pencapaian yang harus saya lakukan untuk menjadi lebih baik dan juga hasilkan karya lebih baik," katanya seperti yang dilaporkan Hops.ID.

Pada masa sama, Cinta Laura juga sempat berkongsi perjalanan dan perkembangan kariernya di Amerika Syarikat (AS).

"Saya ke AS kerana sambung pengajian di sana. Selepas tiga tahun tamat pengajian, saya berpindah ke Los Angeles (LA)

"Kebetulan pula saya dikenali oleh pihak pengurusan yang bagus di sana dan mereka mahu saya casting beberapa projek besar," katanya.

234509343_216169453651128_5260412924309538959_n

Kejayaan menempa nama di persada antarabangsa tidak menghilangkan jati dirinya sebagai rakyat Indonesia.

Berbekalkan bakat lakonan yang baik, Cinta Laura dikatakan telah mendapat beberapa tawaran memegang watak utama dan pembantu utama, salah satunya menerusi The Nannys Watching.

"Tapi saya tidak bermaksud saya adalah artis Hollywood, cuma apa yang saya katakan perkembangan karier saya di sana sangat bagus.

"Pada masa sama, saya juga tidak akan melupakan Indonesia dan terus berkarya di sini," katanya.

Walaupun sibuk dengan karier hiburan, Cinta Laura turut mementingkan pendidikan dan setakat ini dia berjaya menamatkan pengajian dalam dua jurusan di Universitas Columbia, AS dengan keputusan yang cemerlang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain