suria

Bakal jadi harta pusaka... Jin BTS tak sangka dapat hadiah gitar dari vokalis Coldplay, Chris Martin

Jin teruja dapat hadiah gitar.

AHLI kumpulan BTS Kim Seok-jin menerima hadiah sebuah gitar daripada vokalis Coldplay iaitu Chris Martin selepas membuat persembahan kolaborasi di konsert Global Citizen.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Jin memberitahu dia hanya memuji bahawa gitar milik Martin kelihatan hebat dan menarik.

Tanpa diduga Chris Martin memberikan gitar tersebut kepada Jin.

"Gitar ini adalah hadiah dari Chris Martin setelah habis buat persembahan.

"Dan dia dengan senang hati memberikannya kepada saya. Kawan yang sangat luar biasa! Saya akan menyimpannya dengan baik di rumah, itu akan menjadi harta pusaka saya. Terima kasih, Martin!," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, Chris Martin juga pernah menghadiahkan custom merchandise ketika bertemu kumpulan tersebut di Korea Selatan.

Untuk rekod, BTS dan Coldplay baru sahaja melancarkan sebuah lagu kolaborasi berjudul My Universe pada Jumaat. - ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Chris Martin, Kim Seok-jin, BTS, Coldplay

Artikel Lain