suria

Dikritik tak profesional, ikut cakap 'girlfriend', Kim Jung Hyun akhirnya mohon maaf... mengaku hilang arah

Kim Jung Hyun mohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan.

SELEPAS dihimpit kontroversi dikawal kekasihnya Seo Ye Ji, pelakon Kim Jung Hyun akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kim Jung Hyun yang kembali aktif di Instagram selepas beberapa bulan berehat mengakui kesilapannya yang telah mengsores hati banyak pihak.

Dia juga mengakui tidak tenang dan hilang arah beberapa bulan kebelakangan ini.

"Hallo. Saya Kim Jung Hyun. Saya menulis catatan ini kepada sesiapa yang merasa tidak selesa dengan saya, saya minta maaf.

"Beberapa bulan kebelakangan ini saya terasa seolah-olah melayang tanpa arah tujuan tak tahu ingin ke mana.

"Saya cuba untuk paksa diri, tapi saya merasa kosong seolah-olah saya tidak ada tempat untuk tenangkan hati saya," tulisnya.

Kim Jung Hyun mohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan.Kim Jung Hyun mohon maaf.

Pada Mei lalu, Kim Jung Hyun menerima kritikan disebabkan caranya yang tidak profesional terhadap seorang pelakon iaitu Seohyun.

Tindakan itu difahamkan disebabkan dirinya dikawal kekasih yang juga pelakon Seo Ye Ji.

Susulan itu, netizen memintanya untuk membuat permohonan maaf atas tindakan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga berjanji akan memperbaiki kesilapannya dan menjadi lebih baik serta berharap orang ramai menerima dirinya semula.

"Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Saya akan menjalani kehidupan dengan fokus pada lakonan dan membalas budi anda dengan menunjukkan tingkah laku yang baik.

"Sekali lagi, saya mohon maaf kepada mereka yang terluka dengan saya dan akan memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik," tulisnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain