suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun bercinta, Liam Hemsworth dah rancang kahwin dengan Gabriella Brooks

Liam dan Gabriella mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2019.

DUA tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Liam Hermsworth sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu Gabriella Brooks.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Liam bagaimanapun enggan terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Biarpun begitu, Liam dan Gabriella atau mesra disapa Gabby lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga serta rakan.

"Gabby dan Liam adalah pasangan yang terbaik sebab mereka serasi bersama. Mereka mempunyai banyak persamaan dan tidak terlalu terbuka mengenai hubungan cinta.

"Mereka juga banyak meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, keluar makan bersama dan gemar membuat aktiviti luar bersama.

"Mereka memang sudah bercakap tentang perkahwinan tapi Liam mengambil masa untuk berkahwin sebab dia tak nak terburu-buru," kata sumber.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain