suria

Aurel dikejarkan ke hospital selepas tiga hari sembelit, Atta Halilintar bimbang keadaan anak dalam perut

Aurel Hermansyah sembelit dan risau akan kandungannya.

YOUTUBER terkenal Atta Halilintar berdepan detik cemas apabila isterinya Aurel Hermansyah yang kini hamil lima bulan dikejarkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di saluant YouTube miliknya, dia meluahkan rasa bimbang apabila Aurel mengalami sembelit teruk.

"Aku sangat panik, dari kelmarin isteriku selalu sembelit sampai nangis-nangis. Aku emosi dan selalu menyalahkan apa sahaja yang dia lakukan.

"Sekarang setiap pagi aku wajibkan dia makan buah betik. Aurel tidak boleh makan pedas-pedas. Lepas itu kena sembelit nangis-nangis di tandas," kata Atta.

Sementara itu, Aurel memberitahu dia tidak boleh membuang air besar selama tiga hari.

"Aku sebelum hamil selalu minum teh untuk senang buang air besar. Kelmarin tiba-tiba tidak dapat buang air sampai rumah perut kejang.

"Aku ke toilet tapi tidak keluar-keluar juga najis. Aku takut kejang terlalu lama sampai terfikir takut bayi keluar. Aku takut, serba salah," kata Aurel.

Doktor menasihatkan agar Aurel banyak minum air dan makan makanan berkhasiat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain