suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarah Jessica Parker masih belum terima hakikat Willie Garson sudah meninggal dunia

Sarah dan Willie berkawab baik sejak membintangi filem Sex And The City.

BUKAN mudah buat pelakon Sarah Jessica Parker untuk menerima hakikat rakan baiknya iaitu aktor Willie Garson kini sudah tiada.

Memetik laporan Hollywoodlife, Sarah mendedahkan dia hampir setiap hari akan menghubungi Willie sebelum aktor berusia 57 tahun itu meninggal dunia pada Selasa.

Sarah menerusi ruang komen di Instagram aktor Chris Noth yang berkongsi berita sedih itu berkata dia masih belum bersedia dengan pemergiaan rakan baiknya itu.

"Terima kasih Chris. Saya masih belum bersedia," tulisnya.

Untuk rekod, Sarah dan Willie mempunyai hubungan rapat semenjak mereka membintangi filem Sex And The City.

Willie yang memegang watak sebagai Standford Blatch dalam filem itu meninggal dunia pada Selasa akibat kanser pancreatic.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain