suria

Pertahankan hak perempuan dalam filem, Cinta Laura tolak skrip papar wanita dangkal, berfikiran sempit

Cinta mahu ketengahkan peranan wanita dalam filem.

PELAKON popular Indonesia Cinta Laura mengharapkan lebih banyak penerbit filem di Indonesia dapat menghasilkan karya yang mengetengahkan isu kesetaraan gender.

Dia percaya bahawa filem mampu menjadi platform terbaik bagi membuka fikiran rakyat mengenai kesetaraan gender apatah lagi golongan wanita juga mempunyai peranan besar dalam industri filem di Indonesia.

Disebabkan itu, Cinta dilaporkan telah menolak satu tawaran lakonan gara-gara skrip yang diterima tidak seiring dengan hasratnya untuk memartabatkan golongan wanita.

"Pada mulanya, saya sangat tertarik dengan projek itu kerana saya rasakan ia kisah cinta yang boleh buat penonton rasa bahagia. Tapi setelah saya baca skripnya, saya jadi terkejut.

"Bagi saya karekter yang diberi kepada saya itu seorang gadis yang berfikiran singkat, beremosi tanpa ciri-ciri yang kuat," katanya memetik laporan Liputan6.



Cinta Laura tolak skrip rendahkan wanita.

Katanya, dia juga terkejut dengan penjelasan penulis skrip yang mengatakan karekter gadis itu tidak boleh terlalu menonjol kerana ia bakal membuatkan penonton bosan.

"Saya sangat terkejut bila dia kata seperti itu. Bagi saya apa yang dia katakan itu tidak benar.

"Perempuan yang kuat sebenarnya memiliki pemikiran yang kompleks dan seringkali dikaitkan dengan trauma lebih mendalam.

"Jadi maaf saya tidak boleh memainkan karekter ini kerana saya tidak setuju bahawa perempuan kuat itu membosankan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain