suria

Difitnah hamil luar nikah... Lesti Kejora, suami bongkar rahsia nikah senyap-senyap awal tahun ini - “Benar, saya kini hamil tiga bulan”

Lesti dan Rizky mengaku sudah nikah awal tahun ini.

DIASAK pelbagai dakwaan hamil luar nikah, penyanyi Lesti Kejora dan suami, Rizky Billar akhirnya mendedahkan mereka sebenarnya sudah berkahwin awal tahun ini.

Pasangan itu membuat pengakuan tersebut secara eksklusif menerusi program The Secret of Leslar pada Selasa,

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar kecewa Lesti Kejora difitnah hamil sebelum kahwin - “Kami dibesarkan oleh keluarga yang tahu tentang agama”

"Ini adalah bentuk rasa tanggung jawab saya di mana saya ingin menjaga maruah wanita yang saya cintai, makanya saya memutuskan untuk mendedahkannya.

"Atas saranan keluarga kami memutuskan untuk bernikah dalam majlis secara sederhana yang dihadiri keluarga terdekat pada awal tahun ini," kata Rizky.

lesti1

Pasangan ini mengadakan majlis nikah besar-besaran pada 19 Ogos lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh kedua-dua ibu bapa pasangan pengantin serta beberapa kenalan dalam kalangan rakan-rakan artis seperti Rey Mbayang dan Dinda Hauw.

Tambah Rizky, Lesti merupakan seorang wanita yang terhormat dan miliki keperibadian yang baik di mata masyarakat.

Keputusan bernikah awal dibuat bagi mengelak terjerat fitnah memandangkan mereka berdua sering ke mana-mana bersama.

Dalam pada itu, Lesti juga mengaku bahawa dia kini sedang hamil tiga bulan dan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya bersama Rizky.

“Benar, saya kini hamil tiga bulan dan sedang menunggu kelahiran anak sulung kami,” ujar Lesti.

Pada 19 Ogos lalu, pasangan ini mengadakan sebuah majlis pernikahan secara besar-besaran di Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Beberapa hari selepas itu, timbul khabar angin penyanyi tersebut sudah hamil kerana beberapa foto memperlihatkan 'baby bump' tersebar.

Namun tuduhan tersebut pada awalnya disangkal suaminya dan berkata bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. - KOMPAS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain