suria

Mengaku peminat setia, Raul Lamos kongsi foto lama ziarah kubur Nike Ardilla... sekali Krisdayanti mencelah tanya saiz pinggang

Raul Lamos ziarah pusara Nike Ardilla pada tahun 1995.

PERKONGSIAN suami penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti iaitu Raul Lamos di akaun Instagramnya baru-baru ini mendapat perhatian netizen negara itu.

Raul memuat naik foto kenangan masa mudanya ketika menziarahi kubur Allahyarham Nike Ardilla pada tahun 1995.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bakal jadi nenek... Krisdayanti minta doktor peribadi siap sedia 24 jam pantau kandungan Aurel Hermansyah

Menerusi kapsyen gambar, Raul berkata ketika itu Indonesia hangat memperkatakan tentang pemergian penyanyi itu.

“Saat itu semua media hangat-hangatnya melaporkan tentang kematian Nike Ardilla” tulisnya.

krisKrisdayanti bersama suaminya Raul Lamos.

Foto lama itu memperlihatkan dia berdiri di sebelah kubur dengan memakai baju kemeja bercorak dan seluar jeans.

Raul turut memberitahu dia merupakan seorang peminat penyanyi Bintang Kehidupan itu.

“Saya ketika itu memang minat sangat dengan suara emas Nike Ardilla, sementara jalan-jalan di Bandung sempat singgah melawat kubur arwah” katanya.

Tambah Raul, dia juga beruntung dapat bertemu bapa kepada penyanyi itu iaitu Eddy Kusnadi dan berbual panjang.

“Sempat bertemu bapa dan kami berbual panjang. Waktu itu kamera belum canggih seperti sekarang” katanya.

Sementara itu, Krisdayanti turut meninggalkan komen bertanya tentang saiz pinggang suaminya ketika itu.

“Amor (sayang) pinggangnya size berapa?” soalnya.

Untuk rekod, Nike Ardilla meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 19 Mac 1995. - LIPUTAN 6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain