suria

Menyedihkan! Nicolas Cage disangka gelandangan, dihalau pekerja restoran mewah

Nicolas Cage dilaporkan telah diusir daripada sebuah restoran mewah di Las Vagas.

WALAUPUN popular dan pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Oscar, itu belum cukup untuk wajah aktor Nicolas Cage dikenali ketika mabuk.

Baru-baru ini Cage dilaporkan telah diusir daripada sebuah restoran mewah di Las Vagas, Amerika Syarikat (AS) gara-gara mabuk dan berpenampilan selekeh.

Memetik laporan The Sun, Cage, 57, telah dihalau oleh seorang kakitangan wanita di restoran Lawry’s Prime Rib yang menyangka dia sebagai seorang gelandangan.

Situasi itu sempat dirakam menerusi CCTV restoran tersebut yang jelas memaparkan gelagat pelakon filem Ghost Rider itu yang memakai pakaian lusuh dan berada dalam keadaan terhuyung-hayang akibat mabuk.

Rakaman itu juga memperlihatkan situasi Cage dipaksa keluar dari restoran itu.



Antara gelagat Nicolas Cage yang dirakam menerusi CCTV restoran tersebut. - FOTO THE SUN

Seorang sumber yang enggan dikenali berkata, ketika berada di luar restoran, dia menyangka pelakon itu adalah seorang gelandangan.

“Yang mengejutkan kami, dia adalah Nicolas Cage. Dia yang kelihatan seperti orang yang tiada hala tuju ketika itu menjerit-jerit bertengkar dengan salah seorang kakitangan restoran.

“Dalam keadaan yang sangat teruk dia berjalan tanpa kasut. Salah seorang kakitangan restoran memberitahu dia telah minum tequila dan wiski Macallan 1980,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain