suria

Lagi artis Indonesia positif Covid-19, kali ini Irwansyah pula - “Saya hanya berhubung dengan isteri dan anak melalui video call”

Irwansyah berhubung dengan isteri Zaskia menerusi panggilan video.

SELEPAS beberapa selebriti terkenal Indonesia disahkan positif Covid-19, kali ini pelakon dan penyanyi Irwansyah turut mengumumkan dirinya dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi saluran YouTube The Sungkars Family, Irwansyah berkongsi berita mengejutkan itu namun memaklumkan dia tidak mengalami sebarang gejala teruk.

"Saya disahkan positif Covid-19... tapi Alhamdulillah keadaan masih baik-baik.

"Sekarang saya sedang jalani kuarantin di bilik anak saya, Ukkasya... masih boleh berhubung dengan isteri dan anak menerusi panggilan video.

"Tiada sebarang gejala, janganlah! Cuma badan ada terasa seperti berlawan dengan virus. Apa-apa pun Alhamdulillah badan masih sihat, " katanya.

irwan2

Irwansyah berhubung bersama isteri dan anak menerusi panggilan video.

Irwansyah bagaimanapun memaklumkan isterinya iaitu Zaskia Sungkar dan anak, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu negatif virus berkenaan.

Berkongsi mengenai punca dia dijangkiti virus itu, penyanyi lagu My Heart ini berkata dia mendapat jangkitan daripada adiknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sudah dua minggu saya tak keluar rumah, memang betul-betul duduk di rumah sahaja.

"Teman-teman semua jagalah diri, jangan bagi orang luar masuk rumah. Kena sentiasa menjaga prosedur kesihatan, padahal kita sangat menjaga mengenai hal ini, " ujarnya.

Pada 9 Julai lalu, Irwansyah memaklumkan bapanya iaitu Umar Effendi menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Irwansyah, Covid-19

Artikel Lain