suria

Keluarga sudah maafkan Nia Ramadhani dan suami, harap berubah jadi lebih baik

Anindya berharap Nia dan suami berubah menjadi lebih baik.

ABANG ipar kepada Nia Ramadhani iaitu Anindya Bakrie tampil membuka mulut berhubung kes dadah melibatkan aktres tersebut dan suaminya iaitu Ardi Bakrie.

Anindya menerusi laman Instagram memberitahu dia sekeluarga sudah memaafkan dan memberi nasihat kepada pasangan tersebut agar memperbaiki kehidupan di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani dan suami dihantar ke pusat pemulihan dadah

Sebagai abang sulung, Anindya turut memohon agar semua orang menerima permohonan maaf Nia dan Ardi serta memberi peluang kedua kepada mereka untuk berubah.

"Kedua-duanya telah menyedari kesilapan mereka dan memohon maaf dengan seikhlas hati. Mereka pun sentiasa baik dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami sekeluarga telah memaafkan dan memberikan nasihat lebih mendalam kepada mereka berdua. Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran berharga untuk memperbaiki kehidupan di masa hadapan.

"Sebagai abang, saya mohon agar semua orang membuka pintu kemaafan selebar-lebarnya dan memberi peluang kedua untuk mereka jadi lebih baik lagi, " katanya.

Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie bakal menjalani proses rehabilitasi berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah selepas ditahan pihak berkuasa pada Khamis lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain