suria

Bintang 'Glee' berkumpul semula, beri penghormatan ulang tahun pertama kematian tragis Naya Rivera

Naya Rivera lemas ketika berada di Tasik Piru di Los Angeles bersama anak lelakinya yang masih kecil pada tahun lalu.

BEBERAPA pelakon drama 'Glee' berkumpul kembali pada hujung minggu lalu, beberapa hari selepas ulang tahun pertama kematian tragis bekas rakan sepasukan mereka, Naya Rivera.

Naya ditemukan meninggal dunia selepas lemas di Tasik Piru di Los Angeles ketika bercuti bersama anak lelakinya tahun lalu.

Beberapa bintang 'Glee' yang lain seperti Heather Morris, Chord Overstreet, Kevin McHale dan Jenna Ushkowitz turut meluangkan bersama dengan penulis drama tersebut Michael Hitchcock dan Matt Hodgson.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Heather Morris, 34, yang memegang watak sebagai sahabat dan teman wanitanya di dalam 'Glee'turut menyampaikan penghormatan ulang tahun kematian kepada Naya pada 8 Julai.

"Ia bukan mudah bagi saya untuk menulis kapsyen. Awak adalah bintang paling terang di mata saya Naya Rivera.

naya_3
Heather memberi penghormatan kekal kepada rakannya dengan mendapatkan tatu petikan dari ciapan Naya beberapa hari sebelum kematiannya.

"Saya sangat bersyukur tuhan menyatukan kami sebagai sahabat, rakan dalam lakonan dan segala-galanya, " kata Heather dalam perkongsiannya

Heather memberi penghormatan secara kekal kepada rakannya itu dengan mencacah tatu "Tomorrow is not promised" pada lengannya yang juga merupakan petikan dari ciapan yang dikongsikan oleh Naya beberapa hari sebelum kematiannya.-FOXNEWS

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain