suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki sertai uji bakat sejak sekolah rendah, merayu ibu bapa untuk masuk kelas lakonan

Song Joong Ki meminati dunia lakonan sejak di sekolah rendah.

BERMINAT menjadi pelakon sejak di bangku sekolah lagi, aktor Song Joong Ki mengimbau kenangan dia sanggup merayu kepada ibu bapanya hanya untuk pergi ke kelas lakonan.

Memetik laporan Soompi, Song Joong Ki turut mendedahkan dia pernah menyertai sesi uji bakat untuk sebuah drama semata-mata ingin mendapatkan pengalaman.

Nasib Song Joong Ki sangat bertuah apabila pihak produksi drama tersebut menyukainya sehingga mencipta watak baharu untuknya.

"Saya masih ingat lagi saat saya merayu kepada ibu bapa untuk menghantar saya ke kelas lakonan ketika saya masih di sekolah rendah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya pernah pergi uji bakat untuk sebuah drama tapi saya lakukan dengan baik kerana saya tidak menjangkakan apa-apa ketika itu. Saya pergi sebab nak dapatkan pengalaman dalam uji bakat dan ia berjalan dengan baik.

"Mereka memandang saya dengan baik sehingga mereka mencipta watak baru untuk saya," dedah Song Joong Ki.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain