suria

Dakwa dikongkong 13 tahun, Britney Spears upah peguam terhandal untuk lawan bapa

Britney Spears mahu dibebaskan daripada 'cengkaman' bapanya, Jamie Spears (kiri).

PENYANYI pop popular, Britney Spears kini mengambil satu langkah ke hadapan bagi memastikan bapanya, Jamie Spears tidak memenangi 'perbalahan' di antara mereka.

Baru-baru ini, Britney, 39, dikatakan sudah mengupah pasukan peguam terhandal yang diketuai bekas pendakwa raya terkenal Amerika Syarikat, Matthew Rosengart.

"Susulan kenyataan terbuka saya sebelum ini yang didengari di mahkamah pada 23 Jun lalu, saya dengan ini berhasrat untuk menamatkan penjagaan dewasa yang dipegang oleh bapa saya sebelum ini, Jamie Spears.

"Saya memilih sendiri pasukan peguam yang akan mewakili saya iaitu daripada firma Greenberg, Traurig & LLP, " katanya dalam satu kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Matthew sebelum ini pernah menggendalikan banyak kes profil tinggi melibatkan bintang Hollywood terkenal seperti Steven Spielberg, Sean Peen, Ben Affleck dan Eddie Vedder.

Britney sebelum ini membuat pendedahan dia didera secara mental oleh bapanya sendiri sejak dari tahun 2008 apabila Jamie, 69, mengawal ketat segala urusan kewangan anaknya itu sehingga menyebabkan Britney mengalami tekanan perasaan.

Susulan itu, penyanyi lagu Toxic itu memohon agar pihak mahkamah dapat membebaskannya daripada cengkaman Jamie yang telah mengawal aset dan kekayaan miliknya, dianggarkan bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu. - TMZ

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain