suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani dan suami dihantar ke pusat pemulihan dadah

Nia dan suami ditahan pada Khamis lalu atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

PELAKON Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie bakal menjalani proses rehabilitasi berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah selepas ditahan pihak berkuasa pada Khamis lalu.

Program pemulihan yang bakal dijalani pasangan itu termasuk meliputi penilaian psikologi dan sesi kaunseling.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani tak dapat layanan VVIP, menangis mohon maaf ambil syabu - “Saya seharusnya beri contoh baik”

Peguam Nia, Nur Zainab berkata, aktres itu bersama suami serta pemandu peribadi yang dikenali sebagai ZN akan dibawa ke pusat pemulihan pada Ahad.

"Mungkin hari ini akan berangkat ke pusat pemulihan, " katanya.

nia

Perbezaan ketara pada wajah Nia Ramadhani yang kelihatan semakin cengkung.

Nur Zainab berpendapat pasangan itu layak menjalani program tersebut kerana mereka merupakan 'mangsa'.

Nia, 31, sebelum ini mengakui mengambil dadah jenis syabu kerana tekanan kerja dan menggunakan sejak lima bulan lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ardi, 42, pula menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka.

Nia, Ardi dan pemandu peribadi mereka didakwa di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik yang mana jika disabit bersalah mereka akan dikenakan hukuman maksimum empat tahun penjara. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain