suria

Seminggu pemergian Yuda, seorang lagi ahli kumpulan Dadali Band iaitu Rix meninggal dunia akibat Covid-19

Rix menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa kerana Covid-19.

BELUM reda berita mengejut pemergian gitaris Dadali Band iaitu Yuda, kali ini pemain keyboard kumpulan itu iaitu Rix pula dilaporkan meninggal dunia kerana Covid-19.



Khabar duka itu disahkan oleh wakil pihak pengurusan Ascada Musik dikenali sebagai Sakti pada pagi Selasa.



"Iya... berita meninggal itu benar. Dia pergi pada pukul 4.50 pagi kerana jangkitan Covid-19.



ARTIKEL BERKAITAN: 'Band' Indonesia - Dadali Bertahan Kerana Muzik Jiwang



"Rix sempat menjalani kuarantin kendiri di rumah sebelum itu, " katanya kepada portal DetikHot.



Dalam pada itu, Sakti memaklumkan Rix hanya mengalami gejala ringan, namun keadaan kesihatannya menjadi semakin teruk selepas mengetahui sahabat baiknya Yuda meninggal dunia pada Khamis lalu.



dadali

Kumpulan Dadali, (dari kiri) Fadel, Yuda, Dyrga, Rickarjd, Oqram dan Ricky.



"Selepas Yuda meninggal, kesihatannya mula merosot, " katanya.



Berkongsi keadaan terkini ahli kumpulan lain yang turut dijangkiti Covid-19, vokalis iaitu Dyrga mengalami ruam di leher.



[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



"Keadaan mereka berdua berbeza... Rix hanya mengalami gejala ringan, tiada demam cuma rasa tak sedap badan jadi hanya isolasi sendiri.



"Selepas menerima khabar Yuda meninggal dunia, dia sangat terkejut. Rix hubungi saya dan beritahu dia terkesan dengan berita itu, " ujarnya.



Selain Rix, Yuda dan Dyrga, Dadali turut dianggotai oleh Riclarjd, Fadel dan Oq.



Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!





Artikel Lain