suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setelah 23 tahun bercinta, Emma Bunton akhirnya sah isteri Jade Jones

Emma dan Jade mempunyai dua orang anak.

SELEPAS 23 tahun bersama akhirnya penyanyi dan penulis lirik Emma Bunton mengumumkan secara rasmi bergelar isteri kepada Jade Jones pada Selasa.

Anggota kumpulan Spice Girls itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen pendek 'Mr and Mrs Jones'.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut di ruang perkongsian itu.

Emma 1

Emma berkongsi perkara itu di Instagram.

Untuk rekod, Emma sebelum ini berkongsi mengenai pertunangannya dengan Jade Jones pada 2011 menerusi program Dancing On Ice.

Emma mula menjalinkan hubungan cinta dengan Jade pada 1998 dan mereka turut mempunyai dua cahaya mata bernama Beau Lee Jones, 14 dan Tate Lee Jones, 10.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain