suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taeyeon Girls Generation pernah terfikir berhenti menyanyi, sedar ramai lagi lebih berbakat

Taeyon menghadapi masalah untuk menghayati lagu '4 Seasons'.

ANGGOTA kumpulan Girls Generations iaitu Taeyeon mengakui dia pernah terfikir untuk mengundur diri daripada dunia nyanyian.

Taeyeon mendedahkan perkara itu ketika berkongsi mengenai lagunya berjudul 4 Seasons yang dianggap bukan satu karya yang bagus.

Dalam satu temu bual, Taeyeon berkata, muzik bukan untuk dirinya memandangkan ramai lagi penyanyi lebih berbakat daripadanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pernah ada gosip yang kata 'kalau Taeyeon cakap lagu itu tidak bagus, maknanya lagu itu akan berjaya'. Sejujurnya saya rasa 4 Seasons bukan karya yang bagus sebab ia tidak kena dengan gaya saya.

"Ketika itu, saya berfikir apa yang perlu saya lakukan? Siapa saya? Ramai lagi orang yang lebih berbakat daripada saya. Muzik bukan untuk saya. Saya mungkin ada bakat lain, " katanya.

Menurut Taeyeon lagi, dia tidak menyukai single yang dilancarkan pada tahun lalu itu disebabkan berdepan masalah untuk menghayati lagu tersebut.

Biarpun begitu, Taeyeon sehingga kini masih mendapat sokongan daripada peminat kerana telah mengeluarkan pelbagai genre lagu yang bersesuaian dengan vokalnya. -allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain