suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam Asghari sedia jadi bapa pada usia 27 tahun, ada perancangan bina keluarga dengan Britney Spears

Jarak usia lebih 10 tahun tidak menghalang Britney dan Sam untuk bercinta.

TEMAN lelaki kepada penyanyi Britney Spears iaitu pelakon Sam Asghari mengakui dia sudah bersedia untuk membawa hubungan cinta mereka ke peringkat seterusnya.

Malah, Sam ketika sesi temu bual bersama majalah Forbes memberitahu dia menyimpan hasrat untuk menjadi seorang bapa di usia yang masih muda.

Selain ingin membina sebuah keluarga bersama kekasihnya, Sam juga mahu memberi tumpuan kepada karier lakonannya dengan melakukan yang terbaik di masa kelak.

"Saya mahu menjadi seorang bapa yang muda... saya mahu membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya tidak kisah menjadi bapa. Keutamaan saya dalam hidup adalah sentiasa rendah diri dan sedar datang dari mana.

"Selain itu, saya juga mahu membawa karier lakonan saya ke langkah seterusnya," kata Sam yang kini berusia 27 tahun.

Britney, 39 mempunyai dua anak iaitu Sean Preston, 15, dan Jayden James, 14 hasil daripada perkahwinannya dengan Kevin Federline. - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain